31 August 2009

52 Tahun Merdeka


31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kredit kepada Pusat Maklumat Rakyat @ penerangan.gov

23 August 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Dalil Kewajipan Berpuasa:

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.."

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap umat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.


Keutamaan Ramadhan:

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan puasa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa dibulan Ramadhan:

1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga dibuka

Fadhilat yang lain-lain:

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.


Amal Ibadah di Bulan Ramadhan:

Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.


Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya.

Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa.
Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna didunia dan diakhirat.
Insyaallah...

12 August 2009

Motivasi Tahun 6 2009

Berlangsung di dewan SKJ23, satu motivasi murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada Jumaat, 7 Ogos 2009. Program dengan kerjasama PIBG dan pihak Felda telah menjemput 2 penceramah undangan yang berkaliber iaitu Tn Hj Tajuddin bin Abu Bakar, mantan Pengurus Besar Wilayah Ipoh dan Pn Asmuriza bt Mohamed, Pegawai Pembangunan Komuniti dan Perhubungan Wilayah Jengka.

Aktiviti bertujuan memberi motivasi kepada murid-murid Tahun 6 bagi melengkapkan diri bersedia menghadapi UPSR dan membantu ibu bapa penjaga memahami peranan mereka dalam melengkapkan keperluan anak-anak.

09 August 2009

Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Perdana 1 2009

Pada 6 Ogos 2009, Khamis, telah diadakan program Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Perdana 1 di perkarangan SKJ23. Program bermula jam 7.40 hingga 8.40 pagi melibatkan penglibatan Jawatankuasa PIBG sekolah, ibu bapa/ penjaga murid-murid, guru-guru (yang free je) dan murid-murid Tahun 5 & 6.

Program terbabit khas bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR tidak lama lagi dan bagi memohon dijauhi jangkitan wabak H1N1.

Terima kasih kepada semua hadirin yang telah hadir menjayakan program ini.

Berikut adalah sekitar perjalanan program:

02 August 2009

Pupils to sit for Aptitude Test on last day of UPSR

By KAREN CHAPMAN


PETALING JAYA: All Year Six pupils will have to sit for an Aptitude Test on the last day of their Primary School Assessment Test (UPSR) beginning next month.

The one-and-a-half hour IQ test would have 60 multiple choice (objective) questions based on three areas — thinking skills, problem solving and decision-making, and interests.

“The Aptitude Test grade will be listed in the UPSR slip but will not count towards the final result,” Education Department director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom told The Star.

“There is no need for pupils to attend any additional classes or tuition for the Aptitude Test as this is based on what they already know,” he said, adding that a letter on the test had already been sent to schools.

The test this year would be held at 2.15pm on the last day of the examination; UPSR will be held from Sept 8 to Sept 10.

Alimuddin said the test would be graded according to bands, similar to that of the Malaysian University English Test (MUET).

Under MUET, students are classified according to six bands or levels of achievement from Very Good User (Band Six) to Extremely Limited User (Band One).)

Alimuddin said pupils in national schools would sit for the test in Bahasa Malaysia while those in vernacular schools would have theirs in Chinese and Tamil respectively.

“This test is not for streaming into secondary schools but will let parents know their children’s skills in decision-making and problem solving.”

The ministry, he said, was steering away from an examination-oriented system, which emphasised academic achievements, to one that was holistic.

He said a pilot project on the Aptitude Test was held in 600 primary schools last year.

Credit to The Star Online, Sunday, 2nd August 2009.