21 November 2009

Hari Pendidikan 2009

Hari Pendidikan 2009 SKJ23 telah diadakan pada Khamis, 19 November 2009 yang lalu. Majlis dimulakan pada jam 8 pagi dengan kehadiran tetamu-tetamu. Ia kemudian dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi JKKK Felda Jengka 23 iaitu Tuan Haji Sulaiman bin Bakar PJK.


Acara Penyampaian Hadiah

Hari Pendidikan tahun ini memperlihatkan penurunan dalam pencapaian UPSR SKJ23. Berbanding 7 murid mendapat 5A pada 2008 (pencapaian tertinggi), tahun ini mencatat hanya seorang murid cemerlang 5A. Manakala 4 murid lagi mencatatkan keputusan 4A. Tahniah kepada mereka! Buat murid-murid lain, jangan berputus asa. Masih banyak cabaran buat kamu di masa hadapan, dan usahalah bagi mencapai kejayaan. Insyaallah kamu pasti berjaya.....


Murid cemerlang UPSR 2009:
5A - Afiena Nadierah binti Azizan
4A1B - Nur Izzati binti Reh
4A1B - Nurul Azmira binti Abu Bakar
4A1B - Nurul Diatul Fikrina binti Tazulfakri
4A1C - Mohamad Khairul Aswad bin Ahmad Jamil

Berikut pula adalah peratus pencapaian mata pelajaran:

13 November 2009

Jamuan Perpisahan Murid Tahun6 2009

Khamis, 12 November 2009, SKJ23 telah mengadakan Jamuan Perpisahan 2009. Merupakan aktiviti tahunan untuk meraikan murid-murid tahun akhir di SKJ23, ia memberikan murid-murid satu kenangan yang bakal disimpan dalam lipatan memori mereka. Turut diraikan, Cik Norhaslini yang akan bertukar ke negeri asal, Kelantan.

Majlis diadakan di kelas 6A+6B. Diharap murid-murid dapat menempa kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diumumkan keputusannya minggu hadapan. Juga, ingatlah akan jasa guru-guru kalian di sini. Kami guru-guru berharap agar murid-murid sekelian berjaya di masa hadapan, setelah kami 'lepaskan' kalian dari pandangan mata kami tidak lama lagi....

10 November 2009

Majlis Silaturahim Kelab Guru 2009

Sabtu, 7 Nov baru-baru ini, Kelab Guru SKJ23 telah mengadakan Majlis Silaturahim di Tekam Plantation Resort, Jerantut. Majlis yang lebih kepada aktiviti makan malam turut diperhebat dengan program kesukaan ramai iaitu mandi di kolam renang.
*acara favourite Cikgu Zuki. Tidak ketinggalan setiap kali berkesempatan.
*Cikgu Amin pula sering menjadikan anaknya sebagai alasan kukuh beliau utk turut mandi bersama. Hehe...
Di bawah adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang majlis.

Anak-anak kecil sila bermain di kawasan cetek ini sahaja ye...

Wah, seronok sungguh mereka ini.. Berbaloi bayar RM3...!

Sempat lagi Cikgu Zuki, Cikgu Amin dan En Sazuki ni berdiri tegak standard ambil gambar.

1 jam 45 minit kemudian.
Hanya ini yang masih bertahan. Walaupun jari-jari semuanya kecut dan dijamin menggigil bila keluar dari kolam.

Ustazah Zariah menyuapkan anak kecilnya. Makan apa tu dik?

Haji Umar dan Cikgu Zamri bersama isteri masing-masing. Santai petang.

Kolam renang yang aman setelah ditinggalkan...

Di bawah pula gambar di sekitar makan malam.