08 June 2010

Kem Kecemerlangan dan Jati Diri 2010

Cuti sekolah bagi pertengahan tahun 2010 telah pun tiba. SKJ23 mengambil kesempatan di awal cuti ini untuk menjalankan program bagi murid-murid Tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

Program yang dinamakan sebagai Kem Kecemerlangan dan Jati Diri 2010 dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dan penuh manfaat bagi mewujudkan murid yang mempunyai kecekalan dan semangat belajar yang tinggi, pegangan agama yang utuh dan sahsiah yang cemerlang melalui aktiviti yang dijalankan. Seterusnya, ia juga diharap dapat membuka minda dan semangat murid untuk berusaha mencapai keputusan terbaik iaitu 5A dalam UPSR.

Kem berlangsung dari petang Jumaat, 4/6/2010 sehingga tengahari Ahad, 6/6/2010. Sepanjang kem berlangsung, murid-murid telah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi sesama mereka, dari mula mendirikan khemah sehinggalah aktiviti membersihkan kawasan persekitaran sekolah di akhir kem. Tahniah diucapkan!

Berikut adalah antara gambar aktiviti-aktiviti kem:

1) Hari Pertama- Jumaat (4/6/2010)


2) Hari Kedua- Sabtu (5/6/2010)


3) Hari Ketiga- Ahad (6/6/2010)