12 March 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010 Peringkat Sekolah

Maulidur Rasul tahun ini yang bertarikh hijrah 12 Rabiulawal 1431 jatuh pada 26 Februari 2010 dengan temanya "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah". Seperti lazimnya dan dituntut, umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan hari istimewa dan bersejarah ini dengan pelbagai pengisian bermanfaat bagi mengingati dan mengagungkan junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Kami di SKJ23 mengadakan sambutan berkenaan pada hari ini, Jumaat, 12 Mac 2010. Sambutan dipenuhi dengan acara perarakan sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, bermula dari SKJ23 dan mengelilingi sekitar kawasan perumahan di Jengka 23. Selepas rehat, sambutan disambung dengan pertandingan menulis jawi dari teks rumi, tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w bagi murid-murid tahap 2 dan pertandingan mewarna bagi murid-murid tahap 1.

07 March 2010

Gotong Royong PIBG 2010

Khamis, 4 Mac 2010 yang lalu, telah diadakan satu gotong royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah anjuran PIBG bersama pihak sekolah. Aktiviti bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi. Guru-guru yang kelapangan pada masa-masa tertentu juga turun padang untuk membantu.

Program pertama yang melibatkan PIBG pada tahun ini tersebut telah berjaya menarik minat dan kerjasama dari ahli-ahli PIBG sekalian, terutamanya ibu bapa / penjaga murid-murid SKJ23 untuk turut serta menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sangat dihargai oleh kami pihak SKJ23 dan PIBG khususnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir membantu.

Beberapa penjaga memotong dahan pokok-pokok di lereng bukit di hadapan sekolah. Kelihatan En. Jamaluddin, salah seorang AJK PIBG SKJ23 ketika ini. Bersungguh betul mereka bekerja, hingga tidak sedar gambar mereka diambil...!

Dahan-dahan dikumpul setempat dan dibakar. (kaedah pelupusan mudah dan cepat :)

Kaum ibu mula mengecat garaj kereta guru SKJ23. Wah, sempat lagi Puan Ana tersenyum...!

Dari biru bertukar merah. Seceria mereka yang hadir membuktikan komitmen pada sekolah..!

Kudapan pagi ditempah khas daripada 'Cik Nah Catering'. Saya paling sukakan kuih kaswi Cik Nah ni...! Sedap... :)
Manakala En Pian di atas pula berkata, "Koi paling gemor kueh keria ni. Sedak yakmat. Pohpaleh..!"

En. Zulkifli (Abg Ngah), selaku AJK PIBG SKJ23 bersama isteri dan juga Cikgu Amin.
"Kacau Abg Ngah, jangan tak kacau.."