04 September 2010

Majlis Penyerahan Ilmu 2010

Diadakan pada Jumaat, 3 September 2010 (hari terakhir persekolahan dalam bulan Ramadhan 1431H), satu Majlis Penyerahan Ilmu dari guru-guru SKJ23 kepada murid-murid Tahun 6 2010 telah diadakan. Program singkat ini adalah simbolik bagi menzahirkan kerelaan guru-guru terhadap ilmu-ilmu yang telah dicurah selama murid-murid ini belajar di SKJ23, sebelum menyerahkan 'senjata yang diamanahkan' kepada mereka untuk mereka sudahi 'perjuangan' tersebut sendiri.


Guru-guru matapelajaran bagi kelas-kelas Tahun 6 diberi peluang menyampaikan amanat terakhir dan dirangkumi pula oleh Tuan Guru Besar dengan pesanan-pesanan akhir beliau.


Murid-murid khusyuk mendengar amanat guru-guru, menyedari mereka sudah berada dalam minggu-minggu terakhir menghampiri UPSR.