06 October 2010

SKJ23 Diserbu Si Comel?

Siapakah Si Comel yang dikatakan menyerbu SKJ23 baru-baru ini? Adakah ianya seekor kucing, atau sebuah motosikal atau gelaran kepada seorang kanak-kanak yang degerami ramai? Oh tidak... Ia sebenarnya adalah Maskot kepada Majalah Kanak-Kanak, Kuntum! Ya, SKJ23 baru-baru ini telah menerima kunjungan dari pihak Kuntum pada Selasa, 5 Oktober 2010, pada jam 12.00 tengah hari.

Kehadiran pihak Kuntum ke SKJ23 disambut meriah oleh pihak sekolah, terutama sekali di kalangan murid-murid. Apatah lagi dengan kemunculan Si Comel, lebih menggamatkan suasana di dalam dewan sekolah.

Pelbagai aktiviti menarik dirancang pihak Kuntum dalam kunjungan mereka itu. Antaranya membekalkan Majalah Kuntum keluaran Oktober 2010 secara percuma kepada semua warga SKJ23, penerangan tentang kandungan Majalah, kuiz, penyampaian cenderahati kepada Guru Besar dan Guru Media yang dilantik menguruskan penjualan Majalah Kuntum di SKJ23 dan sesi bergambar bersama.

Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak Kuntum berkunjung ke SKJ23 demi memupuk nilai suka membaca di kalangan murid-murid sekolah. Perlu diingat, pilihlah bahan bacaan yang berfaedah dan sesuai dengan peringkat umur masing-masing supaya kita menjadi orang yang pintar berilmu.

Jamuan Raya SKJ23 2010

Tarikh: 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat: Dewan SKJ23 dan kelas murid masing-masing.
Tetamu Jemputan: Ahli JKKK Jengka 23 dan AJK PIBG SKJ23