14 July 2011

Melepak.....


Sebut pasal melepak saya rasa semua sudah sedia maklum tentang perkara ini. tapi kadang kala tanpa kita sedari kita juga turut terlibat dengan gejala lepak. Melepak juga adalah merupakan salah satu daripada gejala sosial. Apakah yang dimaksudkan dengan lepak ini?


Definasi Melepak:


Merupakan amalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa mereka dengan


perkara-perkara yang tidak berfaedah .

Punca melepak:

  • Terpengaruh dengan ajakan rakan


  • Berasa bosan berada di rumah


  • Suka membuang masa bersama-rakan
Kebiasaan remaja akan melepak di pusat membeli belah, di tepi jalan, tembok, perhentian bas, warung dan pasar malam.

KESAN MELEPAK

  1. Masa kan terbuang dengan sia-sia
  2. Anda akan terdedah dengan keruntuhan akhlak. kebiasaanya masa melepak akan berlarutan sehingga ke waktu maghrib. anda akan tertinggal solat.
  3. Anda mudah terpengaruh kepada perbuatan jenayah yang dicadang rakan.
  4. Terpengaruh dengan aktiviti mereka yang sudah runtuh akhlak seperti penagihan dadah.
  5. Mengganggu ketenteraman awam.
LANGKAH LANGKAH MENGELAK KEGIATAN MELEPAK

  1. Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan.
  2. Jadikan ibu-bapa dan keluarga rakan baik anda. anda boleh berbual dan menceritakan masalah.
  3. Meminta ibu-bapa menyediakan kemudahan hiburan di rumah mengikut kemampuan masing-masing.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEGIATAN MELEPAK

  1. Menukar konsep lepak.. contohnya tukar dari lepak di pasaraya kepada duduk dan mengulangkaji di perpustakaan.
  2. mengikuti program-progaram yang berfaedah seperti yang dianjurkan belia dan Rakan Muda.
  3. Menyertai kegiatan kokurikulum.

12 July 2011

Sambungan... GEJALA SOSIAL



Masalah ini semakin serius dari sehari ke sehari menarik minat saya selaku guru kaunseling sekolah untuk membuat 'entry' tengtang perkara ini. Diharap murid-murid da pelawat-pelawat blog ini dapat manfaat serta iktibar dari entri ini. sebelum ini kita telah mengetahui tentang apa itu gejala sosial dan punca-punca terjadinya gejala tersebut. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh murid-murid ini. Saya harap tiada diantara murid-murid sekolah ini yang terlibat dengan kegiatan seperti ini baik semasa berada atau setelah meninggalkan sekolah ini. Untuk pengetahuan kita bersama saya telah memetik satu petikan dari Berita Harian Online.

623 anak tak sah taraf di Terengganu tahun lalu KUALA TERENGGANU: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam. Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu kadar tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu dengan 72 kelahiran, diikuti 60 kelahiran pada September.
Berdasarkan perkiraan kasar, pasangan terbabit dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sembilan bulan sebelum kelahiran, iaitu sekitar akhir Ogos dan Disember atau lebih tepat lagi pada sambutan Kemerdekaan Negara dan Tahun Baru.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad, berkata jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN Terengganu membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan tempatan dan bukan warga negara. Katanya, pejabat JPN Kuala Terengganu mencatatkan jumlah anak tidak sah taraf tertinggi dengan 188 kelahiran diikuti Besut (102), Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Al-Muktafi Billah Shah (28) dan Kerteh (23). “Melihatkan perangkaan ini, ia jelas sangat menggerunkan kerana menandakan gejala sosial semakin kronik. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan beragama Islam dan tidak diketahui siapa bapa sebenarnya. “Senario ini juga secara tidak langsung membuatkan JPN menjadi beban kepada masalah sosial dan boleh menyebabkan berlaku masalah lain di kalangan masyarakat terutama membabitkan masa depan bayi terbabit. “Jadi, kita meminta kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bersama membanteras pergaulan bebas bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan melahirkan anak luar nikah,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam. Seramai lima orang menerima sijil warga negara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India. Ghazali berkata, walaupun anak luar nikah mendapat keistimewaan sama rata dari segi kemudahan kesihatan dan pendidikan, namun bayi berkenaan berdepan risiko masa depan tidak menentu.

Sumber:
Berita Harian Online 26 Jan 2011

Agak mengecewakan apabila kita membaca laporan berita ini. Ini kerana rata-rata yang terlibat ialah remaja melayu yang beragama islam. Ini baru statistik dari negeri terengganu, bagaimana dengan negeri Pahang dan lain-lain negeri? Apakah usaha kita sebagai rakyat Malaysia membendung gejala ini?

11 July 2011

Lagu Sekolah diberi nafas baru....

Lirik lagu sekolah yang baru

Tekad semangat tuju cita murni
itu asas kita bersama
memperjuang kedaulatan agama
bangsa dan juga negara

Tegak megah berdiri sungguh gagah
SKJ dua puluh tiga
Ilmu Sumber Kehidupan semua
Suluh Kebenaran

Bersama kita jayakanya
Buktikan impian berwawasan
Warisan cemerlang.....

Gejala Sosial......

Sejak akhir2 ini kita sering mendengar tentang gejala sosial sering dikemukakan di dalam media massa. Baik melalui kaca tv, akhbar, majalah dan kini internet. Kita sering mendengar pelajar-pelajar kita yang terlibat dengan gangsterisme, merokok, mengambil dadah, rogol dan lain-lain perkara yang tidak baik. Jadi sebagai terbitan pertama Unit Bimbingan & Kaunseling isu ini adalah satu isu yang saya fikir perlu untuk diketengahkan. Walaupun gejala sosial ini sering dikaitkan dengan pelajar- pelajar sekolah menengah, namun ia perlu dibendung diperingkat sekolah rendah lagi. bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'

APAKAH ITU GEJALA SOSIAL?

  • GEJALA SOSIAL ialah UNSUR yang dapat MERUNTUHKAN AKHLAK anda.
  • Antara Gejala sosial ialah
  1. Jenayah seksual
  2. Merokok
  3. Melepak
  4. lari dari rumah
  5. Bohsia
  6. Pelacur
  7. rogol dan lain-lain lagi
SIAPAKAH YANG SERING TERLIBAT DENGAN GEJALA SOSIAL?

  • GEJALA SOSIAL biasanya dilakukan oleh remaja berumur antara 12 hingga 21 tahun
  • Namun gejala sosial juga boleh dilakukan oleh mereka yang berusia di bawah umur 12 tahun.

PUNCA-PUNCA REMAJA TERLIBAT DENGAN GEJALA SOSIAL

  • inginkan kebebasan - tidak suka diperlakukan seperti kanak-kanak.
  • suka berada dalam satu kumpulan
  • emosi yang tidak stabil
  • tidak dapat berfikir secara matang
  • perkembang seksual yang sangat menonjol
  • rendah diri
Walau apapun alasan gejala sosial tidak akan berlaku jika remaja ini patuh kepada ajaran agama, mendengar dan menerima pandangan serta nasihat daripada ibu bapa & guru. tindakan bersama sangat diperlukan bagi membasmi gejala sosial remaja yang rata-rata masih di bangku sekolah.

Sumber
Siri Bimbingan & Kaunseling
PNI Neuron (M) Sdn Bhd.