21 October 2011

Tahniah Cikgu Zaafariffuddin

Warga SK (LKTP) Jengka 23 mengucapkan tahniah kepada Cikgu Zaafaariffuddin dan isteri yang telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki pada Rabu 19/10/2011. TAHNIAH !!!

18 October 2011

Peperiksaan Akhir Tahun (P4) 2011

Hari ini adalah hari pertama murid-murid SK LKTP Jengka 23 menduduki Peperiksaan Akhir Tahun (P4) 2011. Semua murid terlibat kecuali murid tahun 6. Peperiksaan akhir tahun amat penting bagi melihat prestasi dan pencapaian murid-murid bagi tahun 2011. Keputusan peperiksaan ini akan menentukan kedudukan murid dalam kelas tahun 2012 (untuk tahun lebih dari satu kelas).
Guru-guru dan ibubapa juga dapat menilai keputusan peperiksaan dan melakukan penambah-baikan serta merancang pelbagai strategi lain bagi meningkatkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di masa akan datang.

Diharapkan seluruh murid-murid dapat menjawab setiap kertas soalan peperiksaan ini dengan jayanya.

12 October 2011

Selamat Datang Tn Hj Kamalzaman Suleiman

"Patah tumbuh hilang berganti", pertukaran Tn Hj Riza Mohamad Shah ke SK Teluk Sentang digantikan oleh Guru Besar yang bertukar dari SK Rantau Panjang, Tn Hj Kamalzaman Suleiman.

TUAN HAJI RIZA BIN HAJI MOHAMAD SHAH KE SK TELUK SENTANG


Selasa 11/10/11 - Merupakan hari terakhir Tn Hj Riza berada di SK LKTP Jengka 23 kerana bertukar ke SK Teluk Sentang.
Majlis Jamuan Perpisahan diadakan secara sederhana di kantin sekolah yang berakhir kira-kira jam 2:00 petang.
Memetik kata-kata pengerusi majlis, Ustaz Hishamuddin, "Kami memohon maaf atas segala salah dan silap selama ini dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Riza yang banyak memberikan dorongan dan tunjuk ajar serta menjadi ketua yang baik selama 6 tahun di sini"