29 December 2012

Persiapan Sesi Persekolah 2013


  • Alhamdulillah, segala persiapan bagi sesi persekolahan 2013 sedang rancak dilaksanakan guru-guru SKJ23, terutamanya sejak 26 Disember 2012 yang lalu dan dijangka akan siap sepenuhnya 31 Disember 2012.
  • Ibu bapa penjaga turut hadir ke sekolah di waktu tersebut untuk membeli buku-buku latihan, membayar yuran PIBG dan membeli peralatan sekolah untuk anak masing-masing di Kedai Buku SKJ23.
  • Bagi guru-guru pula, segala persiapan bagi melaksanakan Proses Pengajaran & Pembelajaran di hari pertama persekolahan iaitu Rabu, 2 Januari 2013 telah disempurnakan termasuk persediaan Fail Rancangan Mengajar, bahan-bahan PnP dan buku-buku serta lembaran berkaitan.
  • Semoga segala yang dirancang diredhai dan dirahmati Allah.  Didoakan 2013 mendatangkan kejayaan yang lebih Cemerlang buat SKJ23. Amin.
CK

Jadual Puasa 2013


01 December 2012

KELAS BIMBINGAN UPSR 2013

Alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu Cuti Akhir Tahun 2012 berlalu, kita telah juga menjayakan KELAS BIMBINGAN UPSR 2013 yang diadakan sepanjang 7 minggu Cuti Persekolahan ini.

Seramai 32 orang murid terlibat dalam Kelas Bimbingan UPSR 2013 ini iaitu murid-murid tahun 5 yang akan memasuki tahun 6 pada 2013.

Setiap minggu, 4 orang guru bertugas sebagai Guru Pembimbingan kepada murid-murid ini dengan harapan proses pembelajaran berterusan dan dipertingkatkan walapun semasa bercuti.

Didoakan, segalanya berjalan lancar sehingga ke penghujung Cuti Persekolahan ini.

Syabas warga SKJ23 !!!

KEPUTUSAN UPSR 2012

JUMLAH MURID MENDAPAT 5A = 4 orang
JUMLAH MURID MENDAPAT 4A1B = 6 orang
PERATUS LULUS = 56%

(Maklumat terperinci akan dikemaskini)

09 November 2012

KEMPEN KESIHATAN GURU 2012 SK JENGKA 23

HARI : JUMAAT
TARIKH : 9 NOVEMBER 2012
TEMPAT : DEWAN SK JENGKA 23
ANJURAN : Guru Besar dengan kerjasama Staff Klinik Desa Jengka 23






















06 October 2012

Perjumpaan Ibu Bapa Penjaga UPSR 2013

"Guru Mengajar, Murid Belajar, Ibu Berdoa, Bapa Mengawal", itulah motto Perjumpaan Ibu Bapa Penjaga UPSR 2013 yang telah diadakan pada Jumaat, 5 Oktober 2012 di SKJ23.

Ibu bapa penjaga murid-murid tahun 5 telah hadir bagi menerima laporan kemajuan anak masing-masing dalam pelajaran bagi persediaan menghadapi UPSR 2013.  Pihak pentadbiran dan guru-guru tahun 5 telah turut serta dalam perbincangan dan diskusi tersebut.







19 September 2012

SKJ23 Family Trip @ Batu Burok Beach Resort

Kelab Guru & Kakitangan SK Jengka 23 baru sahaja menjayakan lawatan keluarga ke Kuala Terengganu selama 3 hari 2 malam hujung minggu lepas.  Kira-kira 15 ahli bersama keluarga masing-masing mengikuti aktiviti ini.








Pasca UPSR

Alhamdulillah, peperiksaan UPSR 2012 telah pun berlalu.  Bermula minggu ini bermulalah program Pasca UPSR 2012 yang akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru-guru bagi meneruskan bimbingan dan didikan buat murid-murid Tahun 6.
Semoga semua murid Tahun 6 dapat mengambil manfaat dari program yang dirancang.

11 September 2012

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 AKAN DILAKSANAKAN PADA 15-17 OKTOBER 2012 BAGI MURID-MURID TAHUN 3, TAHUN 4, DAN TAHUN 5.

KEJAYAAN MILIK KITA, JADIKAN IA KENYATAAN

Minggu ini adalah minggu yang besar bagi seluruh sekolah rendah di Malaysia termasuklah SK FELDA JENGKA 23.  Seramai 46 orang murid menduduki peperiksaan UPSR yang bermula pada Selasa, 11 September 2012 hingga Khamis, 13 September 2012.
     Seluruh pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, kakitangan dan juga ibu bapa penjaga mendoakan yang terbaik buat semua calon UPSR.

Jadual Peperiksaan UPSR

SELASA, 11 September 2012
0815-0905 - Bahasa Melayu Kertas 1
0945-1100 - Bahasa Melayu Kertas 2
1130-1210 - Matematik Kertas 2

RABU, 12 September 2012
0815-0915 - Matematik Kertas 1

KHAMIS, 13 September 2012
0815-0930 - Sains
1015-1105 - Bahasa Inggeris Kertas 1
1145-1300 - Bahasa Inggeris Kertas 2
1430-1600 - Ujian Aptitude

09 August 2012

Majlis Berbuka Puasa Kelab Guru & Kakitangan

Alhamdulillah, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di Dewan SK LKTP Jengka 23 pada 8 Ogos 2012.  Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Guru & Kakitangan SK LKTP Jengka 23 ini telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan bersama pasangan dan ahli keluarga masing-masing.  Turut memeriahkan majlis ialah murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 sekolah ini seramai 78 orang.

19 June 2012

KEPUTUSAN PENUH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (P2) 2012

Keputusan penuh Peperiksaan Pertengahan Tahun / Penilaian Kedua (P2) 2012 boleh dilihat di tab PEPERIKSAAN.

(Sila 'download' dan 'view' pautan dokumen yang diberikan)

15 June 2012

Sesi Persekolahan Penggal Kedua 2012

Alhamdulillah, kita semua dipanjangkan umur kembali ke sesi kedua persekolahan bagi tahun 2012 ini.  Setelah Peperiksaan Pertengahan Tahun (P2) dijalankan sebelum Cuti Pertengahan Tahun yang lalu, guru-guru berhempas-pulas menyiapkan markah dan analisis bagi peperiksaan tersebut untuk kajian dan 'post-mortem' (bedah siasat) oleh pihak pentadbir, tenaga pengajar, ibu bapa penjaga, dan murid-murid bagi memastikan proses pembelajaran anak-anak kita dapat terus dipertingkatkan.

Tirai Sesi Kedua 2012 ini turut dikejutkan dengan perpindahan keluar Ustaz Mohd Hishamuddin Hasan ke SK LKTP New Zealand dan Cik Nurhasnimah A/P A Daud ke SK Sg Dua.  Pihak sekolah mengucapkan 'Terus Berjaya' kepada kedua-duanya di sekolah yang baru.

Bagi menggantikan pemergian tersebut, kita telah menerima guru baru iaitu Pn Norhana dari SK Rantau Panjang, Klang, Selangor dan kita sedang menunggu lagi pengganti guru dan kakitangan bagi meneruskan kecemerlangan SK LKTP Jengka 23.

SUKAN TAHUNAN 2012, PERKHEMAHAN BERSEPADU & HARI KANTIN akan menyerikan akhir bulan Jun ini di mana ketiga-tiga acara tersebut akan diadakan serentak pada 28 dan 29 Jun 2012.  Diharapkan segala perancangan dan perjalanan acara-acara tersebut dapat dijayakan dengan sempurna, Insya'Allah.

Tidak lupa untuk dimaklumkan, pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nor Fairus dan Cikgu Mohd Khairuddin kerana dikurniakan cahaya mata kedua pada 28 Mei 2012 dengan nama Muhammad Asyraf Fathullah.

Semua markah peperiksaan akan dikemaskini dengan segera untuk rujukan semua.  Mohon Maaf atas kelewatan.

11 May 2012

PEPERIKSAAN PENILAIAN KEDUA (P2) 2012

Peperiksaan Penilaian Kedua (P2) akan diadakan pada 21-25 Mei 2012 untuk semua mata pelajaran dan kelas.
Diharapkan semua murid membuat persiapan sewajarnya bagi menghadapi peperiksaan ini.

11 April 2012

Keputusan Penuh Penilaian Pertama (P1) 2012

Link keputusan penuh Penilaian Pertama (P1) 2012 boleh didapati di tab PEPERIKSAAN.

Tips:  Lembaran markah adalah dalam bentuk PDF, boleh dilihat setelah dimuat turun.

30 March 2012

Minggu Kempen Anti Dadah SKJ 23

Alhamdulillah, berakhir Minggu Kempen Anti Dadah SKJ23 dimana pelbagai program telah terlaksana sepanjang minggu di SKJ23.  Antaranya ialah mengadakan sudut Anti Dadah dalam setiap bilik darjah, pameran Anti Dadah, Ceramah Anti Dadah, pertandingan mewarna poster Anti Dadah dan sebagainya.
Diharapkan semua murid-murid SKJ23 khususnya, dan seluruh warga Jengka 23 amnya dapat mengambil iktibar dan ketetapan hati untuk menjauhi diri dari Dadah.

31 January 2012

Newsletter 'Sekolahku' Edisi Kedua 2012 - 31 Januari 2012

*Tekan 'Ctrl' dan '+' untuk paparan lebih besar, Tekan 'Ctrl' dan '-' untuk paparan lebih kecil

17 January 2012

Program Kecemerlangan Tahun 6

Perjumpaan Ibu Bapa Penjaga Tahun 6 dan Akujanji UPSR 2012 akan diadakan pada Jumaat, 20 Januari 2012 pada jam 9:00pagi bertempat di Dewan SK (LKTP) Jengka 23.  Semua ibu bapa atau penjaga murid-murid tahun 6 diharapkan dapat menghadirkan diri.

Kelas PnP Gemilang UPSR 2012 akan diadakan setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis dari jam 1:10petang hingga 1:50petang bermula 30 Januari 2012.

Kelas Skor 5A UPSR 2012 akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa (8:00-9:30pm) dan Sabtu (8:00-11:00am).

Asrama Mini UPSR 2012 akan diadakan pada setiap bulan dari Februari 2012 hingga Mei 2012

Seminar Jati Diri dan Ketahanan Mental; Kelas-kelas Bimbingan Tambahan; Solat Hajat & Bacaan Yasin; Kelas-kelas Intensif, Bengkel Menjawab Soalan; Kem Kecemerlangan; Motivasi dan banyak lagi akan diadakan dari semasa ke semasa dalam usaha bersepadu ke arah pencapaian cemerlang UPSR 2012.

Kerjasama erat yang bersungguh-sungguh dari semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung amat diharapkan bagi menjayakan program-program kecemerlangan Tahun 6 bagi tahun 2012.

CK

06 January 2012

Minggu 1 Tahun 2012: Permulaan yang memberangsangkan

Alhamdulillah, 3 hari pertama bagi sesi persekolahan tahun 2012 telah berlalu dengan penuh memberangsangkan.  Murid-murid tahun 1 dengan transisinya, murid-murid tahun 6 dengan 'jump-start' yang telah menyaksikan permulaan yang baik bagi mencapai misi bersedia untuk UPSR 2012. Tahun-tahun lain turut melihatkan murid-murid bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan tahun ini.
Guru-guru, sebagai nadi-nadi utama yang menggerakkan proses pendidikan, pembelajaran dan perencana minda murid-murid, juga turut bersemangat tinggi bagi mengharungi 2012.  Segala persiapan yang dilakukan diteruskan dengan pelaksanaan yang mantap tanpa lupa untuk terus merancang dan melaksanakan rencana-rencana pendidik.

Moga 2012, tahun membanggakan buat SK (LKTP) Jengka 23, Amin.

CK