19 June 2012

KEPUTUSAN PENUH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (P2) 2012

Keputusan penuh Peperiksaan Pertengahan Tahun / Penilaian Kedua (P2) 2012 boleh dilihat di tab PEPERIKSAAN.

(Sila 'download' dan 'view' pautan dokumen yang diberikan)

15 June 2012

Sesi Persekolahan Penggal Kedua 2012

Alhamdulillah, kita semua dipanjangkan umur kembali ke sesi kedua persekolahan bagi tahun 2012 ini.  Setelah Peperiksaan Pertengahan Tahun (P2) dijalankan sebelum Cuti Pertengahan Tahun yang lalu, guru-guru berhempas-pulas menyiapkan markah dan analisis bagi peperiksaan tersebut untuk kajian dan 'post-mortem' (bedah siasat) oleh pihak pentadbir, tenaga pengajar, ibu bapa penjaga, dan murid-murid bagi memastikan proses pembelajaran anak-anak kita dapat terus dipertingkatkan.

Tirai Sesi Kedua 2012 ini turut dikejutkan dengan perpindahan keluar Ustaz Mohd Hishamuddin Hasan ke SK LKTP New Zealand dan Cik Nurhasnimah A/P A Daud ke SK Sg Dua.  Pihak sekolah mengucapkan 'Terus Berjaya' kepada kedua-duanya di sekolah yang baru.

Bagi menggantikan pemergian tersebut, kita telah menerima guru baru iaitu Pn Norhana dari SK Rantau Panjang, Klang, Selangor dan kita sedang menunggu lagi pengganti guru dan kakitangan bagi meneruskan kecemerlangan SK LKTP Jengka 23.

SUKAN TAHUNAN 2012, PERKHEMAHAN BERSEPADU & HARI KANTIN akan menyerikan akhir bulan Jun ini di mana ketiga-tiga acara tersebut akan diadakan serentak pada 28 dan 29 Jun 2012.  Diharapkan segala perancangan dan perjalanan acara-acara tersebut dapat dijayakan dengan sempurna, Insya'Allah.

Tidak lupa untuk dimaklumkan, pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nor Fairus dan Cikgu Mohd Khairuddin kerana dikurniakan cahaya mata kedua pada 28 Mei 2012 dengan nama Muhammad Asyraf Fathullah.

Semua markah peperiksaan akan dikemaskini dengan segera untuk rujukan semua.  Mohon Maaf atas kelewatan.