23 May 2013

CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Alhamdulillah, telah tamat setengah tahun iaitu 1 sesi pertama persekolahan bagi tahun 2013.  Diharapkan semua murid dapat menilai prestasi diri dalam mengharungi alam persekolahan.

Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun 2013 akan bermula pada 24 Mei 2013, Jumaat (Cuti Umum Hari Wesak) dan akan berakhir pada 9 Jun 2013, Ahad.

Sesi Kedua Persekolahan akan bermula pada hari Isnin, 10 Jun 2013.  Diharapkan semua murid hadir ke sekolah pada hari tersebut dan hari-hari seterusnya bagi terus mencapai gemilang di sekolah.

KELAS BIMBINGAN UPSR 2013 akan diadakan semasa cuti sekolah bermula pada Sabtu, 25 Mei 2013 hingga Sabtu, 1 Jun 2013.  Kelas bermula jam 8:00 pagi dan berakhir pada 12:00 tengah hari.  10 orang guru akan menjadi tenaga pengajar yang melibatkan keseluruhan 16 jam waktu Kelas Bimbingan.  Semoga Kehadiran murid-murid penuh dan bersemangat bagi meneruskan usaha mencapai kecemerlangan UPSR 2013.

KELAS INTENSIF MATEMATIK TAHUN 1 & 2 akan diadakan pada minggu kedua cuti persekolahan iaitu dari Isnin, 3 Jun 2013 hingga Jumaat, 7 Jun 2013.  Tahun 1 (8:00-9:00 pagi) dan Tahun 2 (9:00 pagi-10:00 pagi).

KELAS KEMAHIRAN KOMPUTER DI MAKMAL KOMPUTER BESTARI SKJ23

Kelas Kemahiran Komputer dibuka kepada murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 dan akan dimulakan pada 6 Jun 2013, Khamis 5:45-6:45 petang.

Murid-murid dengan kebenaran ibu bapa penjaga boleh menghubungi Cikgu Khairuddin untuk pendaftaran.

15 April 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 32 (2013)

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 32 (2013) telah berjaya dilaksanakan pada Jumaat, 12 April 2013, dari 2:30 petang hingga 6:00 petang. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, ADUN Kerdau. Terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut.

05 April 2013

Hari Pelaporan Akademik P1 2013

Alhamdulillah, seluruh warga pentadbiran & guru-guru sangat berbesar hati dan gembira dengan sambutan ibu bapa penjaga yang hadir ke sekolah pada hari ini.

Nantikan gambar-gambar dari Pegawai Dokumentasi kami En Zuki Abd Razak

Program Kesihatan Gigi Prasekolah SK LKTP Jengka 23




01 April 2013

Subhanallah...


SKJ23 di Kejohanan Olahraga MSD Temerloh 2013

Alhamdulillah, setelah menyertai kejohanan tersebut, 5 Emas dan 1 Gangsa diperolehi oleh peserta dari SKJ23.  Adik Nabil Qayyum pula telah dinobatkan sebagai peserta terbaik Daerah apabila mendapat 4 Emas untuk acara 100m, 200m, 4x100m dan 4x200m.

Tahniah kepada semua guru dan murid yang terlibat.

20 February 2013

Minggu Ke-7 Persekolahan & Bulan Bahasa Malaysia

Alhamdulillah, setelah bercuti seminggu sempena Tahun Baru Cina, maka kita kembali ke sekolah untuk meneruskan proses pembelajaran (& pengajaran).  Diharapkan semua guru-guru, murid-murid dan seluruh warga sekolah termasuk ibu bapa penjaga bersemangat dan ceria untuk meneruskan rutin di SK LKTP Jengka 23.

Bulan Februari 2013 adalah bulan Bahasa Malaysia yang mengandungi pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia.  Aktiviti-aktiviti dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil seperti mengikut Tahap dan Kelas.  Diharapkan seluruh murid memberikan kerjasama bagi menjayakan bulan Bahasa Malaysia ini.

Notis awal, Peperiksaan Penilaian Pertama (P1) 2013 akan diadakan pada 11-14 Mac 2013.  Diharapkan semua murid dengan sokongan guru-guru dan ibu bapa penjaga mempersiapkan diri secukupnya bagi menghadapi peperiksaan tersebut.


CK