23 May 2013

CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Alhamdulillah, telah tamat setengah tahun iaitu 1 sesi pertama persekolahan bagi tahun 2013.  Diharapkan semua murid dapat menilai prestasi diri dalam mengharungi alam persekolahan.

Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun 2013 akan bermula pada 24 Mei 2013, Jumaat (Cuti Umum Hari Wesak) dan akan berakhir pada 9 Jun 2013, Ahad.

Sesi Kedua Persekolahan akan bermula pada hari Isnin, 10 Jun 2013.  Diharapkan semua murid hadir ke sekolah pada hari tersebut dan hari-hari seterusnya bagi terus mencapai gemilang di sekolah.

KELAS BIMBINGAN UPSR 2013 akan diadakan semasa cuti sekolah bermula pada Sabtu, 25 Mei 2013 hingga Sabtu, 1 Jun 2013.  Kelas bermula jam 8:00 pagi dan berakhir pada 12:00 tengah hari.  10 orang guru akan menjadi tenaga pengajar yang melibatkan keseluruhan 16 jam waktu Kelas Bimbingan.  Semoga Kehadiran murid-murid penuh dan bersemangat bagi meneruskan usaha mencapai kecemerlangan UPSR 2013.

KELAS INTENSIF MATEMATIK TAHUN 1 & 2 akan diadakan pada minggu kedua cuti persekolahan iaitu dari Isnin, 3 Jun 2013 hingga Jumaat, 7 Jun 2013.  Tahun 1 (8:00-9:00 pagi) dan Tahun 2 (9:00 pagi-10:00 pagi).

KELAS KEMAHIRAN KOMPUTER DI MAKMAL KOMPUTER BESTARI SKJ23

Kelas Kemahiran Komputer dibuka kepada murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 dan akan dimulakan pada 6 Jun 2013, Khamis 5:45-6:45 petang.

Murid-murid dengan kebenaran ibu bapa penjaga boleh menghubungi Cikgu Khairuddin untuk pendaftaran.