24 April 2010

Perjumpaan Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 2010

Satu perjumpaan pihak SKJ 23 dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada 21 April 2010 (Rabu) yang lalu. Majlis berlangsung di Dewan SKJ23 dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang di Dewan SKJ23. Sebanyak 90% ibu bapa/penjaga telah menghadirkan diri dalam majlis tersebut. Pengisian program adalah seperti berikut:
1) Aluan pengerusi majlis dan doa
2) Ucapan Guru Besar, Hj Riza b Hj Mohamad Shah - kupasan tentang target dan pencapaian murid-murid target UPSR 2010 dan murid-murid potensi baik serta lulus.
3) Pembentangan KP BM, En Zuki b Abd Razak
4) Pembentangan KP BI, En Zaafaariffuddin b Abd Rahman
5) Pembentangan KP Sains, Pn Roslinda bt Abd Malek
6) Pembentangan KP Matematik, Cik Norhidayah bt Mohd Yasah
7) Bacaan Ikrar Ibu Bapa/Penjaga
8) Bacaan Ikrar Guru-guru Tahun 6 SKJ23
9) Bacaan Ikrar murid-murid Tahun 6
10) Jamuan ringan dan bersurai

Diharapkan hasil pertemuan ibu bapa/penjaga, murid-murid Tahun 6 dan guru-guru ini dapat mendatangkan perubahan positif pada pencapaian murid-murid selepas ini :)

No comments: