Hari ini adalah hari pertama murid-murid SK LKTP Jengka 23 menduduki Peperiksaan Akhir Tahun (P4) 2011. Semua murid terlibat kecuali murid tahun 6. Peperiksaan akhir tahun amat penting bagi melihat prestasi dan pencapaian murid-murid bagi tahun 2011. Keputusan peperiksaan ini akan menentukan kedudukan murid dalam kelas tahun 2012 (untuk tahun lebih dari satu kelas).
Guru-guru dan ibubapa juga dapat menilai keputusan peperiksaan dan melakukan penambah-baikan serta merancang pelbagai strategi lain bagi meningkatkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di masa akan datang.
Diharapkan seluruh murid-murid dapat menjawab setiap kertas soalan peperiksaan ini dengan jayanya.
1 comment:
Semuga semua murid dapat menjawab dengan baik dan mencapai kejayaan cemerlang. Ibubapa diminta memastikan anak-anak sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
Post a Comment