08 July 2014

Selamat Datang Ramadhan 1435

Alhamdulillah, telah 10 hari kita berpuasa dalam bulan Ramadhan pada tahun ini.

Semoga segala kita semua memperolehi nikmat dan hikmah berpuasa dan dikurniakan Keampunan, Kerahmatan dan Keredhaan Allah.


22 February 2014

Mesyuarat Agung PIBG & Pameran Polis Daerah Maran

Alhamdulillah, tanggal 20 Februari 2014 yang lalu, pihak sekolah telah berjaya masuk 16 orang anggota Polis dari IPD Maran bagi mengadakan Ceramah Keselamatan & Pameran 3 Unit utama iaitu Trafik, Narkotik & Jenayah.





Di sebelah petang, Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 33 telah dijayakan dengan perasmian telah dibuat oleh DSP Sulaiman A Hamid, Ketua Polis Daerah Maran.





23 May 2013

CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Alhamdulillah, telah tamat setengah tahun iaitu 1 sesi pertama persekolahan bagi tahun 2013.  Diharapkan semua murid dapat menilai prestasi diri dalam mengharungi alam persekolahan.

Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun 2013 akan bermula pada 24 Mei 2013, Jumaat (Cuti Umum Hari Wesak) dan akan berakhir pada 9 Jun 2013, Ahad.

Sesi Kedua Persekolahan akan bermula pada hari Isnin, 10 Jun 2013.  Diharapkan semua murid hadir ke sekolah pada hari tersebut dan hari-hari seterusnya bagi terus mencapai gemilang di sekolah.

KELAS BIMBINGAN UPSR 2013 akan diadakan semasa cuti sekolah bermula pada Sabtu, 25 Mei 2013 hingga Sabtu, 1 Jun 2013.  Kelas bermula jam 8:00 pagi dan berakhir pada 12:00 tengah hari.  10 orang guru akan menjadi tenaga pengajar yang melibatkan keseluruhan 16 jam waktu Kelas Bimbingan.  Semoga Kehadiran murid-murid penuh dan bersemangat bagi meneruskan usaha mencapai kecemerlangan UPSR 2013.

KELAS INTENSIF MATEMATIK TAHUN 1 & 2 akan diadakan pada minggu kedua cuti persekolahan iaitu dari Isnin, 3 Jun 2013 hingga Jumaat, 7 Jun 2013.  Tahun 1 (8:00-9:00 pagi) dan Tahun 2 (9:00 pagi-10:00 pagi).

KELAS KEMAHIRAN KOMPUTER DI MAKMAL KOMPUTER BESTARI SKJ23

Kelas Kemahiran Komputer dibuka kepada murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 dan akan dimulakan pada 6 Jun 2013, Khamis 5:45-6:45 petang.

Murid-murid dengan kebenaran ibu bapa penjaga boleh menghubungi Cikgu Khairuddin untuk pendaftaran.

15 April 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 32 (2013)

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 32 (2013) telah berjaya dilaksanakan pada Jumaat, 12 April 2013, dari 2:30 petang hingga 6:00 petang. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, ADUN Kerdau. Terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut.

05 April 2013

Hari Pelaporan Akademik P1 2013

Alhamdulillah, seluruh warga pentadbiran & guru-guru sangat berbesar hati dan gembira dengan sambutan ibu bapa penjaga yang hadir ke sekolah pada hari ini.

Nantikan gambar-gambar dari Pegawai Dokumentasi kami En Zuki Abd Razak

Program Kesihatan Gigi Prasekolah SK LKTP Jengka 23