Khamis, 12 November 2009, SKJ23 telah mengadakan Jamuan Perpisahan 2009. Merupakan aktiviti tahunan untuk meraikan murid-murid tahun akhir di SKJ23, ia memberikan murid-murid satu kenangan yang bakal disimpan dalam lipatan memori mereka. Turut diraikan, Cik Norhaslini yang akan bertukar ke negeri asal, Kelantan.
Majlis diadakan di kelas 6A+6B. Diharap murid-murid dapat menempa kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diumumkan keputusannya minggu hadapan. Juga, ingatlah akan jasa guru-guru kalian di sini. Kami guru-guru berharap agar murid-murid sekelian berjaya di masa hadapan, setelah kami 'lepaskan' kalian dari pandangan mata kami tidak lama lagi....
Friday, November 13, 2009
Jamuan Perpisahan Murid Tahun6 2009
Posted by SKJ23 at 5:48 PM 0 comments Links to this post
Labels: Majlis dan Sambutan
Tuesday, November 10, 2009
Majlis Silaturahim Kelab Guru 2009
Sabtu, 7 Nov baru-baru ini, Kelab Guru SKJ23 telah mengadakan Majlis Silaturahim di Tekam Plantation Resort, Jerantut. Majlis yang lebih kepada aktiviti makan malam turut diperhebat dengan program kesukaan ramai iaitu mandi di kolam renang.
*acara favourite Cikgu Zuki. Tidak ketinggalan setiap kali berkesempatan.
*Cikgu Amin pula sering menjadikan anaknya sebagai alasan kukuh beliau utk turut mandi bersama. Hehe...
Di bawah adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang majlis.
Anak-anak kecil sila bermain di kawasan cetek ini sahaja ye...
Wah, seronok sungguh mereka ini.. Berbaloi bayar RM3...!
Sempat lagi Cikgu Zuki, Cikgu Amin dan En Sazuki ni berdiri tegak standard ambil gambar.
1 jam 45 minit kemudian.
Hanya ini yang masih bertahan. Walaupun jari-jari semuanya kecut dan dijamin menggigil bila keluar dari kolam.
Ustazah Zariah menyuapkan anak kecilnya. Makan apa tu dik?
Haji Umar dan Cikgu Zamri bersama isteri masing-masing. Santai petang.
Kolam renang yang aman setelah ditinggalkan...
Di bawah pula gambar di sekitar makan malam.
Posted by SKJ23 at 6:17 PM 0 comments Links to this post
Labels: Kakitangan
Tuesday, October 27, 2009
Kem Membaca Satu Malaysia 2009
Kem membaca telah dilancarkan secara serentak seluruh Malaysia pada 26/10/2009. Kem ini merupakan aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Kem ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Tabiat membaca harus dipupuk sedari bangku sekolah lagi bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Bunga anggerik di taman baru,
mari dipetik bersama teman,
Hari Pelancaran Kem Peringkat Sekolah
26/10/2009
Murid - murid tekun mendengar amanat GB
Bacaan Pantun Ilmu oleh Sabarina dan Norsoleha sempena pelancaran Kem Membaca. Dari kecil la kena belajar dan menghargai budaya kita betul tak? Khusyuk betul yang lain dengar pantun.
Peraduan Mewarna & Melukis Poster
27/10/2009
Seronok juga kan, kumpul ramai-ramai sambil mewarna.
Warna cantik - cantik nanti dapat hadiah!
Murid tahap 2 mewarna di gelanggang sepak takraw.
Hmm...... boleh menang ke ni?
Membaca Puisi Bahasa Inggeris
28/10/2009
Faham tak tu? Dengar betul-betul kejap lagi ada soalan.
Jawab soalan dapat hadiah lagi!
Dengar ke tidak apa yang ustaz sampaikan? Jangan 'masuk telinga kiri keluar telinga kanan' biarlah terus melekat dan hayati untuk dijadikan pedoman hidup. Masih jauh lagi perjalanan hidup kamu semua.............
Posted by SKJ23 at 11:03 AM 2 comments Links to this post
Labels: Pusat Sumber Sekolah
Monday, October 26, 2009
A Memorable Visit
Monday, 26/10/2009 - At 11.10 am we've been visited by a group of 3 scouts from The Swedish Guide and Scout Council, Sweden. They came here in Malaysia on their promotion for The 22nd World Scout Jamboree that will be held in Sweden in 2011. Had their visit at Gunung Senyum nearby earlier, they dropped by at our school to get to know closer with pupils in Malaysia.
Jotting down some notes on the school's guest book.
With Year6 pupils.
Entering Year 5A class. The pupils stunned still for a couple of minutes noticing that they're meeting Swedish before their eyes.
"Ok class. This is how we say.... bla bla bla.... in Swedish" hehehe....
The pupils even had their opportunity to learn some Swedish words on greeting. That's good!
"This is where Sweden is. We're having the winter now. So it's cold over there. Not like what you have in Malaysia, your weather here is hot and wet all year round"
From left: En. Husaini (GPK Koko), En. Zaafa, Thomas Frostberg, Miss Hidayah, AnuCharlotte Ceissle (very sorry if i spelt it wrong), Kerstin Bergsten and their tour guide.
Last pic with some of Year6 pupils.
Before they leave, we were given with this nice Scout's badge. The dove image represents peace, the message they deliver in the council.
Posted by SKJ23 at 3:14 PM 0 comments Links to this post
Labels: Diari SKJ23
Thursday, October 1, 2009
RIMUP - Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009
Khamis, 1 Oktober 2009 telah diadakan majlis Jamuan Hari Raya peringkat sekolah di SKJ23. Persiapan telah dibuat sejak Rabu (30 Sept 2009) pada pagi hingga tengahari (dengan penglibatan guru-guru yang free secara bergilir-gilir). Disambung pula pada waktu petang sejak jam 3 petang hingga jam 7 malam.
Pagi Khamis merupakan persiapan akhir majlis. Jam 10.40 pagi, semuanya telah sedia dan majlis pun bermula. Semua warga sekolah menjamu selera dengan menu lemang, rendang ayam, ketupat/ nasi himpit, kuah kacang, bihun goreng dan sirap ais. Murid-murid juga membawa kuih raya masing-masing untuk santapan bersama rakan-rakan sekelas. Antara tetamu jemputan yang hadir adalah tuan Pengurus Felda Jengka 23, staf-staf Felda dan Technoplants, serta Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG sekolah.
Posted by SKJ23 at 9:39 PM 2 comments Links to this post
Labels: Majlis dan Sambutan
Sunday, September 20, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Get the Selamat Hari Raya code at Myspace Graphics
Get the Selamat Hari Raya code at Myspace Graphics
Get the Selamat Hari Raya code at Myspace Graphics
Posted by SKJ23 at 12:12 AM 0 comments Links to this post
Labels: Santai
Thursday, September 17, 2009
Majlis Khatam Quran Ramadhan 1430H
Khamis, 27 Ramadhan 1430H (17 Sept 2009), telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Tahap 2 yang telah sama-sama membaca Al-Quran di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.
* Bacaan Quran bagi murid Tahun 6 diserapkan dalam Program Selepas UPSR dan dilaksanakan pada pagi waktu persekolahan sehingga waktu rehat.
* Bacaan Quran bagi murid Tahun 4 & 5 pula dilaksanakan pada waktu rehat setiap hari sesi persekolahan.
Posted by SKJ23 at 4:18 PM 0 comments Links to this post
Labels: Majlis dan Sambutan
Saturday, September 5, 2009
Solat Hajat & Tarawih
Tarikh : 3 September 2009 (bersamaan 13 Ramadhan 1430 Hijrah)
Hari : Khamis, malam Jumaat
Masa : 5 petang - 10 malam
Tempat : Dewan SKJ23 & Kantin
Aktiviti :
7.20pm - Majlis berbuka puasa bersama ibu bapa / penjaga, guru-guru dan murid-murid Tahun 6 SKJ23.
7.40pm - Solat Maghrib berjemaah. Diikuti dengan Solat Hajat dan bacaan Yaasin.
8.30pm - Solat Isyak berjemaah. Diikuti dengan Solat Sunat Tarawih.
Posted by SKJ23 at 9:26 PM 2 comments Links to this post
Labels: Aktiviti
Monday, August 31, 2009
52 Tahun Merdeka

31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.
Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.
Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.
Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?
Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.
Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kredit kepada Pusat Maklumat Rakyat @ penerangan.gov
Posted by SKJ23 at 11:22 PM 1 comments Links to this post
Labels: Artikel
Sunday, August 23, 2009
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Dalil Kewajipan Berpuasa:
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.."
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap umat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
Keutamaan Ramadhan:
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan puasa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.
Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa dibulan Ramadhan:
1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga dibuka
Fadhilat yang lain-lain:
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Amal Ibadah di Bulan Ramadhan:
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya.
Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa.
Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna didunia dan diakhirat. Insyaallah...
Posted by SKJ23 at 11:40 PM 0 comments Links to this post
Labels: Artikel
























