21 November 2009

Hari Pendidikan 2009

Hari Pendidikan 2009 SKJ23 telah diadakan pada Khamis, 19 November 2009 yang lalu. Majlis dimulakan pada jam 8 pagi dengan kehadiran tetamu-tetamu. Ia kemudian dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi JKKK Felda Jengka 23 iaitu Tuan Haji Sulaiman bin Bakar PJK.


Acara Penyampaian Hadiah

Hari Pendidikan tahun ini memperlihatkan penurunan dalam pencapaian UPSR SKJ23. Berbanding 7 murid mendapat 5A pada 2008 (pencapaian tertinggi), tahun ini mencatat hanya seorang murid cemerlang 5A. Manakala 4 murid lagi mencatatkan keputusan 4A. Tahniah kepada mereka! Buat murid-murid lain, jangan berputus asa. Masih banyak cabaran buat kamu di masa hadapan, dan usahalah bagi mencapai kejayaan. Insyaallah kamu pasti berjaya.....


Murid cemerlang UPSR 2009:
5A - Afiena Nadierah binti Azizan
4A1B - Nur Izzati binti Reh
4A1B - Nurul Azmira binti Abu Bakar
4A1B - Nurul Diatul Fikrina binti Tazulfakri
4A1C - Mohamad Khairul Aswad bin Ahmad Jamil

Berikut pula adalah peratus pencapaian mata pelajaran:

13 November 2009

Jamuan Perpisahan Murid Tahun6 2009

Khamis, 12 November 2009, SKJ23 telah mengadakan Jamuan Perpisahan 2009. Merupakan aktiviti tahunan untuk meraikan murid-murid tahun akhir di SKJ23, ia memberikan murid-murid satu kenangan yang bakal disimpan dalam lipatan memori mereka. Turut diraikan, Cik Norhaslini yang akan bertukar ke negeri asal, Kelantan.

Majlis diadakan di kelas 6A+6B. Diharap murid-murid dapat menempa kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diumumkan keputusannya minggu hadapan. Juga, ingatlah akan jasa guru-guru kalian di sini. Kami guru-guru berharap agar murid-murid sekelian berjaya di masa hadapan, setelah kami 'lepaskan' kalian dari pandangan mata kami tidak lama lagi....

10 November 2009

Majlis Silaturahim Kelab Guru 2009

Sabtu, 7 Nov baru-baru ini, Kelab Guru SKJ23 telah mengadakan Majlis Silaturahim di Tekam Plantation Resort, Jerantut. Majlis yang lebih kepada aktiviti makan malam turut diperhebat dengan program kesukaan ramai iaitu mandi di kolam renang.
*acara favourite Cikgu Zuki. Tidak ketinggalan setiap kali berkesempatan.
*Cikgu Amin pula sering menjadikan anaknya sebagai alasan kukuh beliau utk turut mandi bersama. Hehe...
Di bawah adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang majlis.

Anak-anak kecil sila bermain di kawasan cetek ini sahaja ye...

Wah, seronok sungguh mereka ini.. Berbaloi bayar RM3...!

Sempat lagi Cikgu Zuki, Cikgu Amin dan En Sazuki ni berdiri tegak standard ambil gambar.

1 jam 45 minit kemudian.
Hanya ini yang masih bertahan. Walaupun jari-jari semuanya kecut dan dijamin menggigil bila keluar dari kolam.

Ustazah Zariah menyuapkan anak kecilnya. Makan apa tu dik?

Haji Umar dan Cikgu Zamri bersama isteri masing-masing. Santai petang.

Kolam renang yang aman setelah ditinggalkan...

Di bawah pula gambar di sekitar makan malam.

27 October 2009

Kem Membaca Satu Malaysia 2009

Kem membaca telah dilancarkan secara serentak seluruh Malaysia pada 26/10/2009. Kem ini merupakan aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Kem ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Tabiat membaca harus dipupuk sedari bangku sekolah lagi bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Bagi sekolah ini pula, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang Kem seperti pertandingan membaca pantun, sajak dan puisi, peraduan mewarna, peminjam buku terbanyak dan lain - lain lagi . Diharap para pelajar akan mendapat banyak manfaat daripada aktiviti tersebut.

Pantun Ilmu

Bunga anggerik di taman baru,
mari dipetik bersama teman,
banyak membaca bertambah ilmu,
untuk bekalan hari kemudian.

Hari Pelancaran Kem Peringkat Sekolah
26/10/2009



Murid - murid tekun mendengar amanat GB



Bacaan Pantun Ilmu oleh Sabarina dan Norsoleha sempena pelancaran Kem Membaca. Dari kecil la kena belajar dan menghargai budaya kita betul tak? Khusyuk betul yang lain dengar pantun.

Peraduan Mewarna & Melukis Poster
27/10/2009



Seronok juga kan, kumpul ramai-ramai sambil mewarna.



Warna cantik - cantik nanti dapat hadiah!


Murid tahap 2 mewarna di gelanggang sepak takraw.


Hmm...... boleh menang ke ni?

Membaca Puisi Bahasa Inggeris
28/10/2009



Faham tak tu? Dengar betul-betul kejap lagi ada soalan.
Jawab soalan dapat hadiah lagi!

Bagi memeriahkan lagi program Kem Membaca 2009, Jawatankuasa PSS sekolah telah mengadakan program 'Hayati budaya membaca'. Aktiviti seperti tazkirah pagi, kuiz bahasa, Pesta Pantun, kuiz membaca, pameran buku dan juga Kuiz E.J.A untuk murid prasekolah. Aktiviti ini diadakan selepas peperiksaan, bagi menerap amalan suka membaca dalam kalangan murid. Membaca bukan hanya untuk peperiksaan semata - mata, malah sebagai gedung ilmu serta tempat menimba pengalaman dalam hidup.


Khusyuknya murid- murid mendengar tazkirah pagi oleh Ustaz Nasir tentang kepentingan membaca dalam Islam.



Dengar ke tidak apa yang ustaz sampaikan? Jangan 'masuk telinga kiri keluar telinga kanan' biarlah terus melekat dan hayati untuk dijadikan pedoman hidup. Masih jauh lagi perjalanan hidup kamu semua.............



Dah sedia semua? Pn Noorasmah membacakan soalan kuiz bahasa Melayu. Murid - murid sangat teruja untuk menjawab soalan.

26 October 2009

A Memorable Visit

Monday, 26/10/2009 - At 11.10 am we've been visited by a group of 3 scouts from The Swedish Guide and Scout Council, Sweden. They came here in Malaysia on their promotion for The 22nd World Scout Jamboree that will be held in Sweden in 2011. Had their visit at Gunung Senyum nearby earlier, they dropped by at our school to get to know closer with pupils in Malaysia.

Jotting down some notes on the school's guest book.


With Year6 pupils.


Entering Year 5A class. The pupils stunned still for a couple of minutes noticing that they're meeting Swedish before their eyes.


"Ok class. This is how we say.... bla bla bla.... in Swedish" hehehe....
The pupils even had their opportunity to learn some Swedish words on greeting. That's good!


"This is where Sweden is. We're having the winter now. So it's cold over there. Not like what you have in Malaysia, your weather here is hot and wet all year round"


From left: En. Husaini (GPK Koko), En. Zaafa, Thomas Frostberg, Miss Hidayah, Kerstin Bergsten, Ann-Charlotte Geissler and their tour guide.


Last pic with some of Year6 pupils.


Before they leave, we were given with this nice Scout's badge. The dove image represents peace, the message they deliver in the council.

01 October 2009

RIMUP - Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009

Khamis, 1 Oktober 2009 telah diadakan majlis Jamuan Hari Raya peringkat sekolah di SKJ23. Persiapan telah dibuat sejak Rabu (30 Sept 2009) pada pagi hingga tengahari (dengan penglibatan guru-guru yang free secara bergilir-gilir). Disambung pula pada waktu petang sejak jam 3 petang hingga jam 7 malam.

Pagi Khamis merupakan persiapan akhir majlis. Jam 10.40 pagi, semuanya telah sedia dan majlis pun bermula. Semua warga sekolah menjamu selera dengan menu lemang, rendang ayam, ketupat/ nasi himpit, kuah kacang, bihun goreng dan sirap ais. Murid-murid juga membawa kuih raya masing-masing untuk santapan bersama rakan-rakan sekelas. Antara tetamu jemputan yang hadir adalah tuan Pengurus Felda Jengka 23, staf-staf Felda dan Technoplants, serta Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG sekolah.