Gambar Ihsan: http://kamalzaman17.blogspot.com/
19 September 2012
SKJ23 Family Trip @ Batu Burok Beach Resort
Kelab Guru & Kakitangan SK Jengka 23 baru sahaja menjayakan lawatan keluarga ke Kuala Terengganu selama 3 hari 2 malam hujung minggu lepas. Kira-kira 15 ahli bersama keluarga masing-masing mengikuti aktiviti ini.
Pasca UPSR
Alhamdulillah, peperiksaan UPSR 2012 telah pun berlalu. Bermula minggu ini bermulalah program Pasca UPSR 2012 yang akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru-guru bagi meneruskan bimbingan dan didikan buat murid-murid Tahun 6.
Semoga semua murid Tahun 6 dapat mengambil manfaat dari program yang dirancang.
Semoga semua murid Tahun 6 dapat mengambil manfaat dari program yang dirancang.
11 September 2012
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 AKAN DILAKSANAKAN PADA 15-17 OKTOBER 2012 BAGI MURID-MURID TAHUN 3, TAHUN 4, DAN TAHUN 5.
KEJAYAAN MILIK KITA, JADIKAN IA KENYATAAN
Minggu ini adalah minggu yang besar bagi seluruh sekolah rendah di Malaysia termasuklah SK FELDA JENGKA 23. Seramai 46 orang murid menduduki peperiksaan UPSR yang bermula pada Selasa, 11 September 2012 hingga Khamis, 13 September 2012.
Seluruh pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, kakitangan dan juga ibu bapa penjaga mendoakan yang terbaik buat semua calon UPSR.
Seluruh pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, kakitangan dan juga ibu bapa penjaga mendoakan yang terbaik buat semua calon UPSR.
Jadual Peperiksaan UPSR
SELASA, 11 September 2012
0815-0905 - Bahasa Melayu Kertas 1
0945-1100 - Bahasa Melayu Kertas 2
1130-1210 - Matematik Kertas 2
RABU, 12 September 2012
0815-0915 - Matematik Kertas 1
KHAMIS, 13 September 2012
0815-0930 - Sains
1015-1105 - Bahasa Inggeris Kertas 1
1145-1300 - Bahasa Inggeris Kertas 2
1430-1600 - Ujian Aptitude
Subscribe to:
Posts (Atom)