Alhamdulillah, kita semua dipanjangkan umur kembali ke sesi kedua persekolahan bagi tahun 2012 ini. Setelah Peperiksaan Pertengahan Tahun (P2) dijalankan sebelum Cuti Pertengahan Tahun yang lalu, guru-guru berhempas-pulas menyiapkan markah dan analisis bagi peperiksaan tersebut untuk kajian dan 'post-mortem' (bedah siasat) oleh pihak pentadbir, tenaga pengajar, ibu bapa penjaga, dan murid-murid bagi memastikan proses pembelajaran anak-anak kita dapat terus dipertingkatkan.
Tirai Sesi Kedua 2012 ini turut dikejutkan dengan perpindahan keluar Ustaz Mohd Hishamuddin Hasan ke SK LKTP New Zealand dan Cik Nurhasnimah A/P A Daud ke SK Sg Dua. Pihak sekolah mengucapkan 'Terus Berjaya' kepada kedua-duanya di sekolah yang baru.
Bagi menggantikan pemergian tersebut, kita telah menerima guru baru iaitu Pn Norhana dari SK Rantau Panjang, Klang, Selangor dan kita sedang menunggu lagi pengganti guru dan kakitangan bagi meneruskan kecemerlangan SK LKTP Jengka 23.
SUKAN TAHUNAN 2012, PERKHEMAHAN BERSEPADU & HARI KANTIN akan menyerikan akhir bulan Jun ini di mana ketiga-tiga acara tersebut akan diadakan serentak pada 28 dan 29 Jun 2012. Diharapkan segala perancangan dan perjalanan acara-acara tersebut dapat dijayakan dengan sempurna, Insya'Allah.
Tidak lupa untuk dimaklumkan, pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nor Fairus dan Cikgu Mohd Khairuddin kerana dikurniakan cahaya mata kedua pada 28 Mei 2012 dengan nama Muhammad Asyraf Fathullah.
Semua markah peperiksaan akan dikemaskini dengan segera untuk rujukan semua. Mohon Maaf atas kelewatan.
15 June 2012
11 May 2012
PEPERIKSAAN PENILAIAN KEDUA (P2) 2012
Peperiksaan Penilaian Kedua (P2) akan diadakan pada 21-25 Mei 2012 untuk semua mata pelajaran dan kelas.
Diharapkan semua murid membuat persiapan sewajarnya bagi menghadapi peperiksaan ini.
Diharapkan semua murid membuat persiapan sewajarnya bagi menghadapi peperiksaan ini.
11 April 2012
Keputusan Penuh Penilaian Pertama (P1) 2012
Link keputusan penuh Penilaian Pertama (P1) 2012 boleh didapati di tab PEPERIKSAAN.
Tips: Lembaran markah adalah dalam bentuk PDF, boleh dilihat setelah dimuat turun.
Tips: Lembaran markah adalah dalam bentuk PDF, boleh dilihat setelah dimuat turun.
30 March 2012
Minggu Kempen Anti Dadah SKJ 23
Alhamdulillah, berakhir Minggu Kempen Anti Dadah SKJ23 dimana pelbagai program telah terlaksana sepanjang minggu di SKJ23. Antaranya ialah mengadakan sudut Anti Dadah dalam setiap bilik darjah, pameran Anti Dadah, Ceramah Anti Dadah, pertandingan mewarna poster Anti Dadah dan sebagainya.
Diharapkan semua murid-murid SKJ23 khususnya, dan seluruh warga Jengka 23 amnya dapat mengambil iktibar dan ketetapan hati untuk menjauhi diri dari Dadah.
Diharapkan semua murid-murid SKJ23 khususnya, dan seluruh warga Jengka 23 amnya dapat mengambil iktibar dan ketetapan hati untuk menjauhi diri dari Dadah.
28 February 2012
25 February 2012
31 January 2012
Newsletter 'Sekolahku' Edisi Kedua 2012 - 31 Januari 2012
17 January 2012
Program Kecemerlangan Tahun 6
Perjumpaan Ibu Bapa Penjaga Tahun 6 dan Akujanji UPSR 2012 akan diadakan pada Jumaat, 20 Januari 2012 pada jam 9:00pagi bertempat di Dewan SK (LKTP) Jengka 23. Semua ibu bapa atau penjaga murid-murid tahun 6 diharapkan dapat menghadirkan diri.
Kelas PnP Gemilang UPSR 2012 akan diadakan setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis dari jam 1:10petang hingga 1:50petang bermula 30 Januari 2012.
Kelas Skor 5A UPSR 2012 akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa (8:00-9:30pm) dan Sabtu (8:00-11:00am).
Asrama Mini UPSR 2012 akan diadakan pada setiap bulan dari Februari 2012 hingga Mei 2012
Seminar Jati Diri dan Ketahanan Mental; Kelas-kelas Bimbingan Tambahan; Solat Hajat & Bacaan Yasin; Kelas-kelas Intensif, Bengkel Menjawab Soalan; Kem Kecemerlangan; Motivasi dan banyak lagi akan diadakan dari semasa ke semasa dalam usaha bersepadu ke arah pencapaian cemerlang UPSR 2012.
Kerjasama erat yang bersungguh-sungguh dari semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung amat diharapkan bagi menjayakan program-program kecemerlangan Tahun 6 bagi tahun 2012.
CK

06 January 2012
Minggu 1 Tahun 2012: Permulaan yang memberangsangkan
Alhamdulillah, 3 hari pertama bagi sesi persekolahan tahun 2012 telah berlalu dengan penuh memberangsangkan. Murid-murid tahun 1 dengan transisinya, murid-murid tahun 6 dengan 'jump-start' yang telah menyaksikan permulaan yang baik bagi mencapai misi bersedia untuk UPSR 2012. Tahun-tahun lain turut melihatkan murid-murid bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan tahun ini.
Guru-guru, sebagai nadi-nadi utama yang menggerakkan proses pendidikan, pembelajaran dan perencana minda murid-murid, juga turut bersemangat tinggi bagi mengharungi 2012. Segala persiapan yang dilakukan diteruskan dengan pelaksanaan yang mantap tanpa lupa untuk terus merancang dan melaksanakan rencana-rencana pendidik.
Moga 2012, tahun membanggakan buat SK (LKTP) Jengka 23, Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)