01 April 2013

Subhanallah...


SKJ23 di Kejohanan Olahraga MSD Temerloh 2013

Alhamdulillah, setelah menyertai kejohanan tersebut, 5 Emas dan 1 Gangsa diperolehi oleh peserta dari SKJ23.  Adik Nabil Qayyum pula telah dinobatkan sebagai peserta terbaik Daerah apabila mendapat 4 Emas untuk acara 100m, 200m, 4x100m dan 4x200m.

Tahniah kepada semua guru dan murid yang terlibat.

20 February 2013

Minggu Ke-7 Persekolahan & Bulan Bahasa Malaysia

Alhamdulillah, setelah bercuti seminggu sempena Tahun Baru Cina, maka kita kembali ke sekolah untuk meneruskan proses pembelajaran (& pengajaran).  Diharapkan semua guru-guru, murid-murid dan seluruh warga sekolah termasuk ibu bapa penjaga bersemangat dan ceria untuk meneruskan rutin di SK LKTP Jengka 23.

Bulan Februari 2013 adalah bulan Bahasa Malaysia yang mengandungi pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia.  Aktiviti-aktiviti dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil seperti mengikut Tahap dan Kelas.  Diharapkan seluruh murid memberikan kerjasama bagi menjayakan bulan Bahasa Malaysia ini.

Notis awal, Peperiksaan Penilaian Pertama (P1) 2013 akan diadakan pada 11-14 Mac 2013.  Diharapkan semua murid dengan sokongan guru-guru dan ibu bapa penjaga mempersiapkan diri secukupnya bagi menghadapi peperiksaan tersebut.


CK

07 January 2013

Watikah Perlantikan Pengawas & Pustakawan/wati

Pada perhimpunan mingguan kali kedua bagi tahun 2013 ini, Surat perlantikan Pengawas Sekolah dan juga Pustakawan & Pustakawati disampaikan oleh Guru Besar kepada semua murid yang terlibat, diharapkan mereka semua dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin sepanjang 2013.

CK













03 January 2013

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2013






Pertukaran En Baharuddin Mohd Ali

En Baharuddin Bin Mohd Ali, telah bertukar ke SK Bukit Segumpal ada hari ini.
Pihak sekolah, rakan-rakan mendoakan segala yang terbaik buat beliau di sekolah baru.