09 August 2012

Majlis Berbuka Puasa Kelab Guru & Kakitangan

Alhamdulillah, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di Dewan SK LKTP Jengka 23 pada 8 Ogos 2012.  Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Guru & Kakitangan SK LKTP Jengka 23 ini telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan bersama pasangan dan ahli keluarga masing-masing.  Turut memeriahkan majlis ialah murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 sekolah ini seramai 78 orang.

19 June 2012

KEPUTUSAN PENUH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (P2) 2012

Keputusan penuh Peperiksaan Pertengahan Tahun / Penilaian Kedua (P2) 2012 boleh dilihat di tab PEPERIKSAAN.

(Sila 'download' dan 'view' pautan dokumen yang diberikan)

15 June 2012

Sesi Persekolahan Penggal Kedua 2012

Alhamdulillah, kita semua dipanjangkan umur kembali ke sesi kedua persekolahan bagi tahun 2012 ini.  Setelah Peperiksaan Pertengahan Tahun (P2) dijalankan sebelum Cuti Pertengahan Tahun yang lalu, guru-guru berhempas-pulas menyiapkan markah dan analisis bagi peperiksaan tersebut untuk kajian dan 'post-mortem' (bedah siasat) oleh pihak pentadbir, tenaga pengajar, ibu bapa penjaga, dan murid-murid bagi memastikan proses pembelajaran anak-anak kita dapat terus dipertingkatkan.

Tirai Sesi Kedua 2012 ini turut dikejutkan dengan perpindahan keluar Ustaz Mohd Hishamuddin Hasan ke SK LKTP New Zealand dan Cik Nurhasnimah A/P A Daud ke SK Sg Dua.  Pihak sekolah mengucapkan 'Terus Berjaya' kepada kedua-duanya di sekolah yang baru.

Bagi menggantikan pemergian tersebut, kita telah menerima guru baru iaitu Pn Norhana dari SK Rantau Panjang, Klang, Selangor dan kita sedang menunggu lagi pengganti guru dan kakitangan bagi meneruskan kecemerlangan SK LKTP Jengka 23.

SUKAN TAHUNAN 2012, PERKHEMAHAN BERSEPADU & HARI KANTIN akan menyerikan akhir bulan Jun ini di mana ketiga-tiga acara tersebut akan diadakan serentak pada 28 dan 29 Jun 2012.  Diharapkan segala perancangan dan perjalanan acara-acara tersebut dapat dijayakan dengan sempurna, Insya'Allah.

Tidak lupa untuk dimaklumkan, pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nor Fairus dan Cikgu Mohd Khairuddin kerana dikurniakan cahaya mata kedua pada 28 Mei 2012 dengan nama Muhammad Asyraf Fathullah.

Semua markah peperiksaan akan dikemaskini dengan segera untuk rujukan semua.  Mohon Maaf atas kelewatan.

11 May 2012

PEPERIKSAAN PENILAIAN KEDUA (P2) 2012

Peperiksaan Penilaian Kedua (P2) akan diadakan pada 21-25 Mei 2012 untuk semua mata pelajaran dan kelas.
Diharapkan semua murid membuat persiapan sewajarnya bagi menghadapi peperiksaan ini.

11 April 2012

Keputusan Penuh Penilaian Pertama (P1) 2012

Link keputusan penuh Penilaian Pertama (P1) 2012 boleh didapati di tab PEPERIKSAAN.

Tips:  Lembaran markah adalah dalam bentuk PDF, boleh dilihat setelah dimuat turun.

30 March 2012

Minggu Kempen Anti Dadah SKJ 23

Alhamdulillah, berakhir Minggu Kempen Anti Dadah SKJ23 dimana pelbagai program telah terlaksana sepanjang minggu di SKJ23.  Antaranya ialah mengadakan sudut Anti Dadah dalam setiap bilik darjah, pameran Anti Dadah, Ceramah Anti Dadah, pertandingan mewarna poster Anti Dadah dan sebagainya.
Diharapkan semua murid-murid SKJ23 khususnya, dan seluruh warga Jengka 23 amnya dapat mengambil iktibar dan ketetapan hati untuk menjauhi diri dari Dadah.

31 January 2012

Newsletter 'Sekolahku' Edisi Kedua 2012 - 31 Januari 2012

*Tekan 'Ctrl' dan '+' untuk paparan lebih besar, Tekan 'Ctrl' dan '-' untuk paparan lebih kecil