24 July 2009

Gotong Royong PIBG 2009

Pada Jumaat, 24 Julai 2009, telah diadakan satu gotong-royong PIBG di sekolah. Aktiviti yang bertujuan menceriakan persekitaran sekolah telah dijayakan bersama oleh Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa, guru-guru, staf bukan guru dan pekerja-pekerja swasta SKJ23.
Jam 8.30 pagi, kelihatan AJK PIBG dan ibu bapa tiba dengan membawa peralatan bagi memulakan gotong-royong. Guru-guru mengambil giliran menghulurkan tangan pada tempoh masa yang mereka terluang.
Program sebegini sememangnya dapat memberi faedah bersama kepada pihak sekolah, ibu bapa dan guru-guru. Keceriaan sekolah dapat diwujudkan, di samping mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli PIBG.
Gotong-royong berakhir pada jam 11 pagi dengan sedikit jamuan. Terima kasih daun keladi kepada semua pihak yang telah sudi hadir dan menjayakan gotong-royong ini.

No comments: