21 November 2009

Hari Pendidikan 2009

Hari Pendidikan 2009 SKJ23 telah diadakan pada Khamis, 19 November 2009 yang lalu. Majlis dimulakan pada jam 8 pagi dengan kehadiran tetamu-tetamu. Ia kemudian dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi JKKK Felda Jengka 23 iaitu Tuan Haji Sulaiman bin Bakar PJK.


Acara Penyampaian Hadiah

Hari Pendidikan tahun ini memperlihatkan penurunan dalam pencapaian UPSR SKJ23. Berbanding 7 murid mendapat 5A pada 2008 (pencapaian tertinggi), tahun ini mencatat hanya seorang murid cemerlang 5A. Manakala 4 murid lagi mencatatkan keputusan 4A. Tahniah kepada mereka! Buat murid-murid lain, jangan berputus asa. Masih banyak cabaran buat kamu di masa hadapan, dan usahalah bagi mencapai kejayaan. Insyaallah kamu pasti berjaya.....


Murid cemerlang UPSR 2009:
5A - Afiena Nadierah binti Azizan
4A1B - Nur Izzati binti Reh
4A1B - Nurul Azmira binti Abu Bakar
4A1B - Nurul Diatul Fikrina binti Tazulfakri
4A1C - Mohamad Khairul Aswad bin Ahmad Jamil

Berikut pula adalah peratus pencapaian mata pelajaran:

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah atas kejayaan yang dicapai oleh sekolah. Semoga tahun 2010 ni akan mencatat kejayaan yang lebih besar. Selamat Tahun Baru!