12 March 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010 Peringkat Sekolah

Maulidur Rasul tahun ini yang bertarikh hijrah 12 Rabiulawal 1431 jatuh pada 26 Februari 2010 dengan temanya "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah". Seperti lazimnya dan dituntut, umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan hari istimewa dan bersejarah ini dengan pelbagai pengisian bermanfaat bagi mengingati dan mengagungkan junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Kami di SKJ23 mengadakan sambutan berkenaan pada hari ini, Jumaat, 12 Mac 2010. Sambutan dipenuhi dengan acara perarakan sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, bermula dari SKJ23 dan mengelilingi sekitar kawasan perumahan di Jengka 23. Selepas rehat, sambutan disambung dengan pertandingan menulis jawi dari teks rumi, tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w bagi murid-murid tahap 2 dan pertandingan mewarna bagi murid-murid tahap 1.

No comments: