Selesai sahaja dengan tuisyen, beberapa murid Tahun 6 diajak membantu KP Matematik menyiapkan 1 projek kecil, digelar 'Maths Region'.
Dalam projek ini, murid-murid Tahun 6 terlibat dengan diminta menyempurnakan bahan Maths Region, iaitu menjawab soalan-soalan popular Matematik berformat UPSR dan kemudiannya di 'laminate'. Soalan-soalan telah dipilih dari subtopik yang kebanyakan murid masih lemah menguasainya. Beserta dengan kredit kepada setiap murid yang menjawabnya (di bawah setiap helaian soalan), aktiviti ini diharap dapat membantu pengukuhan murid terhadap isi pelajaran Matematik mereka. Dengan unsur penglibatan murid yang dihargai begini, seharusnya dapat memotivasi murid-murid untuk terus menguasai Matematik!
Cat putih sudah. Sekarang cat hijau pula.
(Asalnya hanyalah sebuah papan hitam lama. Hehe...)
Hai! Dah terduduk ke, Afiena?
Lukisan sudah dilakar, sekarang masa untuk bermain dengan warna...!
Adilah, Afiena, Nabilah, Amera dan Hana yang membantu. Terima kasih semua!
Dah siap hiasan, sekarang masa untuk menampal bahan.
Masa untuk mengisi perut yang lapar. Ibu Hana, Pn. Fida (seperti biasa) telah dengan murah hatinya menyediakan makanan buat murid-murid ini. Terima kasih Pn. Fida!
Inilah hasilnya yang tak seberapa...
Sudut pandangan dari kanan.
Hasil projek selama 2 hari. Alhamdulillah....
7 comments:
huhuhu...blog tu....tp x der saper komen pun....ehmm sy la org first komen......hehheheheh.....
terima kasih sudi hadir, Mael.
Math Region? Wah.. bagus2.. boleh la buat region2 lain pulak.
Hehe.... what a joke...!
kami bangga dengan hasil usaha kami dengan menjayakan projek math region....sangat cantik dan menarik... thanks teacher
b/p:hana & the gang
u're welcome ayu... u must be Hana's sister, right? thanks anyway for coming n for your support...
yes...huhuhu skolah lama ku...so kne la bg support...hehehehe
Post a Comment