30 May 2009

Perjumpaan Dengan Ibu Bapa/Penjaga Murid-murid Tahun 6 2009

Khamis, 25 Mei 2009 telah diadakan majlis perjumpaan kali ke2 pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid Tahun 6 SKJ23 2009.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk menjelaskan kepada ibu bapa/ penjaga tentang sasaran sekolah bagi UPSR 2009, prestasi semasa murid-murid, kekuatan, kelemahan dan strategi pihak sekolah bagi mencapai target yang disasarkan.

Diharap apa yang disampaikan dan dikongsi dalam majlis tersebut dapat dimanfaat oleh semua pihak terutamanya kepada murid-murid. Ibu bapa/ penjaga sangat diharapkan agar dapat memantau anak-anak di rumah dan memberi sokongan penuh kepada mereka selain dari yang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.

Komitmen dari murid-murid, ibu bapa/ penjaga dan guru-guru sangatlah diperlukan dan dihargai demi kecemerlangan murid-murid sendiri. Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa/ penjaga yang telah berusaha hadir ke majlis perjumpaan baru-baru ini!


Sesi pendaftaran ibu bapa/ penjaga.

Antara ibu bapa/ penjaga yang hadir.

Ucapan dan pembentangan dari Guru Besar yang terperinci tentang prestasi semasa murid-murid Tahun 6 2009.

GPK1, En Hamdan bin Tahir mewakili pembentangan dari Panitia Bahasa Inggeris.

En Aminuddin membentangkan prestasi Panitia Bahasa Malaysia.

Pembentangan dari Ketua Panitia Matematik.

En Azmi selaku Ketua Panitia Sains dengan pembentangannya.

Antara guru-guru Tahun 6 2009.

Pn Rudzita dan Pn Noorasmah... Orang lama yang berpengalaman!

No comments: