24 May 2009

LADP Eduwebtv

Sabtu, 23 Mei 2009, telah diadakan LADP mengenai eduwebtv di SKJ23.

Disampaikan oleh En Zaafa selaku Guru Media sekolah, ia telah banyak memberi pendedahan baru kepada guru-guru tentang satu lagi sumber berupa media yang patut digunakan dalam P&P guru-guru. Kursus berlangsung dari jam 8 pagi hingga 4 petang yang dihadiri oleh semua guru SKJ23.

Eduwebtv ternyata satu sumber video interaktif terkini yang pintar dan sangat bermanfaat. Guru-guru bukan sahaja mempunyai akses mudah terhadap video berkaitan P&P, malah boleh membentuk soalan mereka sendiri di paparan video tersebut dan dijawab oleh murid, semuanya secara dalam talian.

Satu usaha KPM yang sangat baik demi merapatkan jurang sekolah bandar dan luar bandar dan memartabatkan profesyen perguruan sepertimana yang digariskan dalam PIPP.


Penerangan dari En. Zaafa, (Guru Media) tentang eduwebtv.

Guru-guru menyiapkan tugasan yang diberi mengikut kumpulan.

bincang apa tu...?

sempat lagi...

No comments: