21 May 2009

Sambutan Hari Guru

Pada 18 Mei (Isnin) lalu, SKJ23 telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyempurnakan sambutan tersebut.

i) Perhimpunan dan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
ii) Sukan - Perlawanan antara pasukan guru dan pasukan sekolah. Berikut adalah keputusan perlawanan:
(a) Bolasepak - Guru-1, Murid-0
(b) Bolajaring - Guru-7, Murid-1
(c) Takraw - Guru-1, Murid-1
iii) Sukaneka - guru-guru dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut rumah sukan masing-masing. 3 stesen ditetapkan iaitu makan buah lai di stesen pertama, meniup belon sehingga pecah di stesen kedua dan mencari gula-gula di dalam tepung di stesen ketiga. Keputusan acara:
Pertama - Rumah Viva
Kedua - Rumah Myvi
Ketiga - Rumah Kenari
iv) Persembahan khas sempena hari guru oleh guru-guru dan murid-murid.
v) Persembahan kejutan - perasmian blog sekolah, yang disempurnakan oleh Guru Besar, Hj Riza bin Hj Mohamad Shah.
vi) Pertukaran hadiah (melalui undian) antara guru-guru dan kakitangan bukan guru sekolah.
vii) Acara yang ditunggu-tunggu... apa lagi jika bukan acara pemberian hadiah dari murid-murid buat guru-guru.


Kami guru Malaysia.... Berikrar dan berjanji..... Mendidik dan memimpin... putera puteri negara kita.....

Kejor yeop.... kejor....

oooo... suka ye.... tak tau, lepas tu 'masak' la korang team sekolah.... hehe....


acara mencabut kemuncup sambil mengulas perlawanan...

Cikgu Idham, Cikgu Amin dan Cikgu Zaafa memulakan acara sukaneka di stesen pertama

3 stesen yang menanti setiap guru....

Nyanyian lagu 'You Mean Everything To Me'

Persembahan wakil murid-murid Tahun 6

Persembahan wakil murid-murid Tahun 4

Pelancaran blog sekolah

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Cikgu Zuki dalam acara pertukaran hadiah. Beliau menerima hadiah yang paling berharga pada hari tersebut... (kerana tanda harganya telah terlupa dibuang...!)

1 comment:

ayu said...

selamat hari guru
untuk : guru-guru skj23
bekas guru skj23
mmmuuuaahhh sayang cikgu2 sume...